.... diikutkan, aku rasa terlalu banyak yang hendak diperkatakan. Tapi tak tahu kenapa,segalanya terasa seakan berat untuk diluahkan. Mungkin ramai yang tahu,ramai yang mengatakan bahawa aku begitu mudah untuk dibaca,mungkin ramai yang tahu,aku tak akan katakan dan aku tak akan tulis apa yang aku tak akan lakukan didalam blog ini. Malah, aku juga tidak akan memberikan informasi yang tiada kaitan dengan diri ini, teknologi dan sebagainya, Dis is ma blog and dis is my way to do...
... aku masih tidak memegang apa apa, andai ada sejuta manusia,aku adalah diantara yang tenggelam dikalangan mereka. Tetapi bagi aku, tenggelam mahupun menyinar... ianya tiada bezanya, aku enggan dilihat kerana aku lebih selesa begini. Mungkin semua ini juga adalah kerana aku sedar siapa diri ini. Terlalu takut untuk timbul ke permukaan,takut di kail atau di tombak mati. Terlalu berhati hati dalam menyusuri hidup ini, hinggakan leka dengan apa yang menanti. Terlalu berharap untuk difahami, akhirnya jalan hidup jadi begini. Terlalu yakin dengan kata hati . menjadikan aku seperti ini...
Takut itu perkara biasa, lambat laun apa yang ditakutkan perlu ditempuhi juga. Aku diamkan segala yang aku rasa, tanamkan ia dengan sikap berpura-pura. Tak mampu dilihat dengan pandangan mata, namun ertinya tajam disebalik kata-kata. Penat aku berkata-kata, segalanya sia-sia... biarlah aku berkata-kata, jauh dari apa yang aku rasa..
Let whatever happens . I set my path . Include only the current that passes . provided there is no straying from the intended direction . only to You I bow to jaded . . =)
No comments:
Post a Comment