About Us

My photo
" I was talking about life and living, disease and misery, I'm not talking about jewelry "

Thursday, December 2, 2010

7 tips kekalkan hubungan

 
Bersama saya yer . dr fadilah come to me yer .  . hari nih yer saya nak bagi "tips" yer . insan yg cemerlang datang dari akal dan hati yg bersih yer yer .  .
 
1. ELAKKAN DARI BERPRASANGKA
- Jika sedang 'hot', tak bermakna si dia sedang 
marahkan kamu.Atau,jika si dia tidak pernah 
mengungkap kata cinta,bukan bermakna si dia 
tidak cintakan kamu.Mungkin ia ada cara 
tersendiri untuk pamerkan kasih sayangnya.So jgn 
paksa si dia mengungkap sayang/cinta kpd 
kamu.Cinta tidak hanya diungkap dibibir,cara dan 
tingkah laku saja cukup memandai untuk 
gambarkan perasaan si dia kepada kamu.
 
2. LINGKUNGAN KEHIDUPAN
-Walaupun dah ada kekasih,tak bermakna 
kamu harus lupakan dunia kehidupan kamu 
sebelum ini.Kamu harus tetap jalani seperti 
biasa,cuma ia di serikan dgn kehadiran si 
dia.Jangan tinggalkan aktiviti/hobi/sukan yg kamu 
suka lakukan sebelum ini,semata2 mahu bersama 
dgn si dia.Ini tidak memberi keseimbangan masa 
untuk teman2 mahupun keluarga.
 
3. BIARKAN SI DIA TENTUKAN HALA TUJU HIDUPNYA
-Jgn bersikap 'queen/king' control.Biarlah si dia 
lakukan apa yang disukainya sekali-sekala jika ia 
tidak mendatangkan keburukkan.Cuba bertolak-
ansur dalam sestengah perkara.Walaupun kamu 
tidak suka. (cth:menemani si dia bershopping, 
menonton bola sepak).Sekali-sekala cuba kamu 
turuti/selami apa yang disukainya.
 
4. JANGAN BANDINGKAN DIA DENGAN ORANG LAIN
-Setiap pasangan mahukan kesempurnaan 
dlm perhubungan.Oleh itu masing2 harus 
berfikiran terbuka.Yang penting jangan 
bandingkan si dia dengan bekas kekasih or 
dengan sesiapa pun.Walaupun dari segi 
percakapan,perangai,perlakuan,pakaian,dan 
apa2 lagi.Fikirkan cara yg tidak akan menyakiti 
hati si dia jika kamu ingin atau mahu 
mengubahnya.Seharusnya terimalah keadaannya 
seada2nya dan jgn harapkan sesuatu yg di luar 
kemampuannya.
 
5. LAKUKAN YG TERBAIK
-Fikirkan yg terbaik untuk diri kamu dan jangan 
paksa untuk menyukai sesuatu yang kamu tidak 
suka.Jangan hanya kerana mahu mengambil hati 
si dia,kamu tetap memaksa diri 
menyukainya.Hipokrit tu!! Bukan itu saje,,jangan 
lekas tunduk dengan kemahuan si dia.Bukan 
semua kemahuannya kamu mampu 
laksanakan.Kena tengok juga pada kesesuaian 
dan keikhlasan kamu juga.Bahaya jika kamu turuti 
sesuatu kemahuan yang diluar batasan.Dan tentu 
hati si dia tersinggung jika si dia mendapat tahu 
apa yang kamu lakukan tidak jujur dan tidak ikhlas.
 
6. JANGAN CUBA UBAH SI DIA
-Apa perasaan kamu jika si dia mahukan kamu 
berubah mengikut cita rasanya? Begitu juga si 
dia,,jangan sekali-sekala kamu cuba mengubah 
kehendaknya agar sama denagn kehendak 
kamu.Biarlah dia dengan caranya dan kamu 
dengan cara mu.Cuba bersikap jujur dalam 
perhubungan.Setiap manusia mempunyai 
hak,minat, dan pengetahuan tersendiri.Jika si dia 
mempunyai sebarang kekurangan tentang 
sesuatu cuba terangkan dengan baik agar si dia 
terasa dia perlu lakukan sesuatu yang dia tidak 
pernah tahu.Jangan memaksa jika si dia berhenti 
lakukan perubahan kerana ini boleh jadikan 
pertengkaran.Cuba ambil masa dan bantu si dia 
jika si dia mahukan perubahan.
 
7. LUAHKAN APA YANG KAMU RASA -Jangan sesekali sembunyikan apa yang kamu 
rasa.Ini akan buatkan kamu berasa 'stress'.Jika 
tekanan ini berlarutan,ia boleh terjebak dalam 
pertengkaran.Segala ketidak puasan hati akan 
keluar.Ini lebih bahaya.Tanpa komunikasi yang 
baik,hubungan akan menjadi hambar.Setiap 
pasangan harus bersikap terbuka dan jangan 
berperasaan negatif.Cuba berbincang untuk 
menyelesaikannya.Tidak kira la secara face to 
face,telifon atau secara online.Ini dapat 
memuaskan hati kedua2 pihak jika ada sesuatu 
yang tidak diingini.Cuba dengar pendapatnya dan 
jangan membangkang jika tidak mempunyai 
alasan yang kukuh.

No comments:

Awal Searching