MASUK METRO BEB RINI . . . 21-10-2010
![]() |
MUKO MEMULE KOT PIC NIH ! . . |
KONSEP 'fotoradikal' menyebabkan ramai terfikir konsep fotografi yang berunsur ganas dan di luar genre sedia ada dalam bidang fotografi umum.
Namun begitu, bagi sekumpulan pejuang konsep fotoradikal, bukan itu maksud persembahan seni fotografi yang mereka hasilkan, sebaliknya lebih kepada penghayatan mendalam terhadap sesuatu subjek sebelum penghasilan sekeping gambar.
Penghasilan karya fotoradikal pula lebih mendalam dengan konsep fotografi iaitu penghasilan semula karya dengan mengedit foto secara teliti dan bebas.
Jeneral Empayar Fotoradikal Malaysia, Ahmad Rosmadi Ahmad Rosli atau lebih dikenali sebagai Black Punk5 Hitam berkata, konsep fotoradikal menekankan kemahiran penghasil gambar yang lebih berani serta jujur bagi melahirkan karya.
Menurutnya, fotoradikal turut menekankan keyakinan pada kelebihan diri sendiri dalam berkarya serta keluar dari kepompong fotografi yang membataskan penghasilan karya menarik.
"Kita tidak menghasilkan satu produk fotografi yang hanya mengikuti apa yang dibuat orang lain, sebaliknya membuka minda dengan mempelajari dengan lebih mendalam mengenai sesuatu isu, subjek, lokasi dan sebagainya sebelum membuat sesuatu penggambaran.
"Fotoradikal menitikberatkan pengikut menjadi radikal dalam mencari ilmu untuk berjuang melawan kelemahan diri serta mengeluarkan pemikiran negatif dari kotak pemikiran," katanya.
Mohd Ashraf Mustaqim, 24, atau lebih dikenali sebagai Acap menjadi pengikut setia konsep fotoradikal dan berminat melihat hasil karya pejuang konsep ini, sekali gus menyebabkannya timbul semangat ingin belajar mengenai bidang ini.
Acap yang masih belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Kuala Lumpur dalam bidang fotografi berkata, dia sentiasa mengikuti perkembangan fotoradikal.
"Saya mengikuti Siri Usrah Fotoradikal di Taiping (Perak) ini kerana ingin mendalami ilmu fotografi yang dianjurkan kumpulan ini. Banyak yang dapat saya pelajari apabila berkongsi pengalaman dengan kumpulan jurugambar terbaik dalam bidang masing-masing seperti Black, Kaber Malik, Shazli Shot, Noorizam Sabran dan Azizan Abd Aziz," katanya.
No comments:
Post a Comment