About Us

My photo
" I was talking about life and living, disease and misery, I'm not talking about jewelry "

Friday, December 31, 2010



HAPPY NEW YEAR
AMPUN DAN MAAP
JIKA TAHUN INI 2010
TERBUAT DOSA DENGAN KORANG
 SMOGA TAHUN DEPAN 
CUKUP SEMPURNA
INSYAALLAH
AMIN .
. . . .halo! wassup?lama ek aku tak update blog! tak tau nak merepek apa sebenarnya!tadi aku patutnye cuti tapi kene koje gak,adui ponat den,tapi aku bersyukur lagi sebab masih idup,so pada korang kalau korang nak rasa insaf, lawatlah hospital! lawatlah kubur! kalau nak lebih insaf, lawatlah wad ortopedik, tempat pesakit kena potong anggota! masa tulah korang rasa beruntung sebab ada kaki, ada tangan, cukup sifat dan anggota. . 


jika diberi peluang korang nak pilih yang mana ?


masa muda remaja pilih nak hidup kaya duit melimpah atau masa dah tua baru pilih untuk sihat walafiat! kaya pilihan kedua ?


apa-apa pun pilihan korang sebenarnya aku tak nak tahu pun,sebab sikit pun tak ada kene mengena dengan aku mahupun jiran aku punya anak yang comel tu,korang kene ingat betapa besar kuasa allah! kalau allah nak bagi korang kaya,kun fayakun, korang kaya! kalau dia nak miskinkan korang, kun fayakun, korang terus jatuh miskin! hebat gila, kan?!


apa sekali pun aku terus panjatkan kesyukuran, kerana allah belum panggil aku untuk pulang menemui-nya! bermakna, esok ada lagi masa untuk aku perbaiki kehidupan!..syukur, alhamdulillah! semoga, esok aku berpeluang untuk melihat lagi senyuman mentari!

Thursday, December 30, 2010

Wednesday, December 29, 2010


EMINEM born Oct. 17, 1972 . all his songs is about his life . ma mentor .


Sayangilah aku sebagaimana diriku .

cintailah aku sepertimana aku . .
janganlah kau lakukannya seperti dia .
kerana dia adalah kenangan .
aku adalah impian .
juga harapan .
insyALLAH .. masa depan . .

situasi . .

. . . kadang kala kite terabai dengan apa yang kita ada,actually orang yang tersayang tak kira disayangi atau menyanyagi,tapi berbalik pada terabai itu adakah sengaja atau tidak?sebenarnya keadaan tu tak sepenting mana bila dibandingkan dengan kasih sayang kita terhadap mereka. .


pagi ini aku bangun tido cam biasa terus On pc,connet broadband pastu aku ceck blog,bila masuk blog someone ni baru aku tahu kenapa,kenapa beliau bangun awal hari ini,belum aku kejutkan tapi dia dah bangun,sebenarnya bagi aku tu sangat pelik,tapi pagi yang dingin membuatkan aku malas nak bertanya panjang dan mungkin dia bangun awal untuk solat,tapi jangkaan aku besar-besar silap . .


aku disini untuk apa pun kadang kala aku tertanya,i try to be ur frenz,buddies,bff if sekali pun aku tidak layak untuk jadi seseorang yang terIstimewa dalam dirinya,mungkin tindakan beliau untuk tidak merisaukan aku tapi jejaka comel dan kacak mane yang tidak risau if orang yang beliau sayang jadi camtu .mayb kapten jack sparrow skali pun akan menangis.apetah lagi micheal bay,confirm transformers 3 tak jadik tayang pada tahun depan .
mungkin aku sekadar kawan bagi dirinya tapi itu aku amat cukup untuk aku hargai dan diriku tidak pernah lekang dengan doa2 untuk dirinya agar gumbira dan sihat2 selalu.
aku diam kadang kala bukan arti aku lupa akan kamu,berfikir dikala diri ini yang menanam seribu harapan setelah diberi sekalung harapan kepada aku beberapa purnama yang lepas .


tidak sesekali aku salahkan dirinya kerna aku yang salah sebab menjadi hamba pada cinta,sebaliknya aku patut menjadi tuan kepada cinta aku ini .


jadi untuk beberapa hari ini aku betul-betul alpa dan lupa akan diriMU ya ALLAH,ibadat aku tinggalkan kerna kerja,aduh!berat sungguh rasanya dosa ini ditanggung,ampunkan aku . . .




LOVE . PEACE . HARMONY

Monday, December 27, 2010



. . . 26hb Disember 2010,pengunjung di blog aku dah sampai 1000 orang,terima kasih diucapkan dan aku hargai sebab ada yang follow aku selama ini.Aku tak sehebat mana-mana blogger yang followers sampai beratus ribu,tapi aku tetap aku dan ini la cara aku untuk blog aku . . 

Sunday, December 26, 2010



. . . pelajar 14thn dibunuh kejam,tajuk muka depan Metro kelmarin tak silap aku,dibunuh kejam dan sangat tidak berperikemanusiaan,agak-agak korang gadis umur 14thn itu kuat sangat ke?sampai pelbagai senjata  digunakan untuk menghantar roh insan yang mungkin kesalahannya sebesar kuman dihati pembunuh tersebut.Nyawa sekarang ibarat tidak berharga bila dibandingkan dengan duit,ada duit semua kerja jadi,tapi kalau yer pun tak payah la bunuh sampai sekejam tuh,just sekadar tikam 2 kali sudah,tak payah sampai macam tu sekali,mana hati perut ko si pembunuh wei?


walaupun aku tiada adik perempuan tapi sepupu dan anak2 buah aku they all is gurlz yaw,aku tak nak benda2 ini terjadi kat mereka,aku sayang dieorang kaw2 tapi aku tak tahu macam mana ada orang sekejam ini kat dunia nih kan?aku nak marah perempuan pun aku tak sampai hati,ini dieorang dengan tenang main potong2,tikam2,pukui2..peh!..power lu olang beb!..tapi power2 korang kene ingat hat Ateh tuh lagi power,KUN FAYAKUN.!..


so pengajaran kat sini untuk korang yang bergelar perempuan please take a note,actually deep in a man heart you all is da diamond but if u scratch it,it can broken then it can make angry,mayb can lose control so it happen dat . . .


apa2 pun hargai la diri masing-masing ok,love each others then it can be . . .


LOVE . PEACE . HARMONY

Thursday, December 23, 2010

. . . demi hari hari demi hari aku tempuhi,rasanya sudah lengkap diri ini untuk menerima apa yang akan terjadi selepas ini,dan cukup bersedia andai kata ini semua hanya pengalaman untuk aku memantapkan lagi kamus kematangan hidupan ini.Tapi aku amat hargai apa yang dipinjamkan olehnya untuk aku,the reason for me to change ma life,bab kata orang-orang africa utara,jika masih ada beras taj mahal dikilang beras ingin aku jadikan ia nasi beriani.ha ha ha . . aku mula merepek dah nih .nak jiwang-jiwang pun mungkin dia dah bosan jadi bek aku melalut camni sebab ini la aku masa mula-mula kenal dia dulu,we are twins firstly then be a bestfrenz and rite now . . . only her have a truthly answer .


kadang-kadang memang perlu kita lepaskan orang yang kita sayang untuk kebahagian mereka, kerana dalam dunia ini semuanya ada yang lagi hebat,kau hensem?ada lagi hensem,kau bagus?ada lagi bagus,jadi untuk kes ini kau sayang dia tapi ada lagi yang sayangkan dia,korang harus terima itu semua,mungkin sayang saja tidak cukup tapi korang kene ingat kekuatan sayang itu sebenarnya adalah lagi kuat dari kuasa rasengan ataupun teknik pembahgi bayang dari naruto shipudden.


jadi esok malam korang jangan lupa sangkut stokin-stokin korang kt bucu katil,mr santa akan hantar barang-barang yang tergendala dari pos lacuu malaysia,yer la dieorang nye raya kita pulak nak cuti tak pasal-pasal mr santa kene sambung kojer deymer.


kesimpulan disini jika itu untuk korang jgn tunggu lama2 dan yg kedua learn from da best of da best dan yang terakhir dengan sesuatu hadiah mungkin boleh membuat seseorang happy tapi mungkin bukan itu yang dia mahu kan . . jadi renung2kan dan slamat beramal . .


akibat banyak follow blog ahadiatakashah merepek . .


. . . di pagi ini dalam tidak sedar skali lagi aku terharu dengan entri si Dia,aku tahu dia ada simpan sesuatu yang mungkin hanya satu hari nanti aku akan akan diberitahu,maapkan aku jika kadang kala aku tersalah,apa sekali pun yang Dia sedang simpankan dari aku,itu adalah jalan terbaik bagi diri DIA,tapi sebagai seorang lelaki macam aku....


hurmm...maapkan aku,aku tak dapat nak teruskan entri untuk pagi ini,perasaan sedih dan bersalah menyelubungi diri aku..hanya doa mampu aku berikan agar yang maha ESA dapat makbulkannya...


bissmillahhirrohmannirrahim...
ya ALLAH ya tuhanku,aku memohon padamu ya Allah,panjangkan umur si Dia,masih muda untuk Dia menemui dirimu ya allah,berikan Dia sedikit lagi kehidupan untuk menghadapi hidup di dunia ini dan kalau boleh berikan dia segala kegembiraan untuk hari2nya,aku memohon supaya aku dapat membuktikan sesuatu kepada dirinya sebelum semua ini berlaku,ya Allah  makbulkan la doa hamba mu ini sesungguhnya kau maha penyanyang dan maha mengasihani . . amin

Wednesday, December 22, 2010



. . . semalam yang hangat,aku demam dan terus demam hingga menggigil di buatnya,tapi itu semua atas sebab dosa-dosa kecil yang aku buat selama ini,rela aku hadapi jika itu boleh menghapuskannya demi meneruskan kehidupan yang cukup indah ini.Aku insan yang dilahirkan dimuka bumi ini atas alasan untuk menikmati kehidupan sebagai manusia di akhir zaman ini,walaupun kadang kala aku alpa atas apa yang diberikan pada diri aku,untuk menikmati arti cinta dan kasih sayang seorang kaum hawa yang telah diciptakan mungkin untuk diri aku.


Tapi kadang kala aku rasa diriku hanya pelengkap untuk kehidupan seseorang untuk mereka bahagia,sudah berkali ini berlaku atas aku,aku redha dan terima jika itu yang terbaik untuk mereka sebab orang yang terbaik adalah orang yang banyak memberi manfaat pada orang lain,tapi kadang kala jauh disudut hati dan paru-paru aku untuk ingin menikmati arti kasih sayang seorang kaum hawa ini,walaupun hanya sedikit ia sangat memadai bagi aku,mungkin aku tidak sehensem brad pit mahupun jonny depp tapi jauh didalam diriku ada yang lagi terbaik dari mereka berdua yang aku katakan tadi,tidak perlu untuk jadi orang lain untuk menambat hati seorang insan bergelar gadis,jika mereka ikhlas untuk diri kita insyaallah kita adalah pilihan mereka.




Bagi aku mungkin aku sudah temui seseorang yang mungkin pelengkap hidup ini,tapi ingin aku tegaskan yang aku tidak sehebat sesiapa aku cuma diriku,aku tidak bergaji besar dan aku bukan salah seorang pekerja gomen dimana semua mak abah kowang harapkan,cuma hanya ada pada aku adalah sekeping semangat untuk aku coba buktikan yang aku pun boleh berjaya dan boleh menanggung anak-anak mereka di hari kelak tapi itu semua atas dasar hati masing-masing,aku hargai apa yang telah diberikannya walaupun ianya tidak seberapa besar tapi bagiku itu adalah yang terbaik pernah aku miliki,kadang kala penat sudah untuk aku meluahkan apa yang aku rasa ini,tapi aku tetap disini sebab sudah jauh aku berlayar dan tidak mungkin untuk aku berpatah balik,cume harapan agar tiada ribut mahupun ombak besar yang akan merempuh aku nanti,jika itu berlaku pada aku kelak mungkin aku akan mati kelemasan dan mungkin juga aku akan terdampar  . . .


jadi ini semua hanyalah harapan yang belum pasti . .





Tuesday, December 21, 2010

sekian . .

. . . .sekian lama aku tidak menulis entri akhirnya untuk hari ini aku akan storie sikit dekat korang kenapa aku senyap 2 3 hari ini .Fisrt aku sangat sibuk,kerja kurang tapi penat kepala wotak ini dok belajar teori,tambah-tambah bab kira-kira ni,memang faveret aku tak suka la . . hu hu hu . tapi demi SESUAP NASI BERIANI aku teruskan usaha ini .


actually aku baru dapat pakej kesihatan nih,Demam+selsema+batuk+head ache. .pastu penat satu hal,last2 semalam balik kerja aku pi klinik amik cocok punggung,fuh!..kena pulak conbain dengan ubat2 yang power mower yang aku request dari doktor tu ,akhirnya aku berjaya pengsan seketika ,dan aku hanya sedar akibat telepone aku berbunyi . . 


calling from si "DIA" , aku tekan button hijo dan kedengaran suara si "DIA" ,dengan suara agak romantika time itu aku sembang dengan si "DIA" dalam beberapa saat sahaja ,tapi dalam beberapa saat tuh aku sangat2 appreciate dimana walaupun seketika tapi si "DIA" tetap caring tentang aku , itu juga adalah ubat bagi aku untuk sembuh dari sakit ini . thx for dat . .


dan yang terakhir aku akan jumpa dengan si "DIA" secepat yang mungkin,dan akan terus berusaha demi our relationship,if i say i want dat.. it's can be mines . .

Monday, December 20, 2010

apabila hati berkata . .

.... diikutkan, aku rasa terlalu banyak yang hendak diperkatakan. Tapi tak tahu kenapa,segalanya terasa seakan berat untuk diluahkan. Mungkin ramai yang tahu,ramai yang mengatakan bahawa aku begitu mudah untuk dibaca,mungkin ramai yang tahu,aku tak akan katakan dan aku tak akan tulis apa yang aku tak akan lakukan didalam blog ini. Malah, aku juga tidak akan memberikan informasi yang tiada kaitan dengan diri ini, teknologi dan sebagainya, Dis is ma blog and dis is my way to do...

... aku masih tidak memegang apa apa, andai ada sejuta manusia,aku adalah diantara yang tenggelam dikalangan mereka. Tetapi bagi aku, tenggelam mahupun menyinar... ianya tiada bezanya, aku enggan dilihat kerana aku lebih selesa begini. Mungkin semua ini juga adalah kerana aku sedar siapa diri ini. Terlalu takut untuk timbul ke permukaan,takut di kail atau di tombak mati. Terlalu berhati hati dalam menyusuri hidup ini, hinggakan leka dengan apa yang menanti. Terlalu berharap untuk difahami, akhirnya jalan hidup jadi begini. Terlalu yakin dengan kata hati . menjadikan aku seperti ini...

Takut itu perkara biasa, lambat laun apa yang ditakutkan perlu ditempuhi juga. Aku diamkan segala yang aku rasa, tanamkan ia dengan sikap berpura-pura. Tak mampu dilihat dengan pandangan mata, namun ertinya tajam disebalik kata-kata. Penat aku berkata-kata, segalanya sia-sia... biarlah aku berkata-kata, jauh dari apa yang aku rasa..

Let whatever happens . I set my path . Include only the current that passes . provided there is no straying from the intended direction . only to You I bow to jaded . . =)

Saturday, December 18, 2010



. . .berdakwah dengan lagu . sudah lama orang buat cara ini tapi bila dapat dekat si  ZAIN ini,bukan ziana zain atau anuar zain atau pun pak zain sendiri,ini berkenaan dengan maher ZAIN,ia menjadi lain dari yang lain.di mana sekarang semua orang bersembang pasal dia dan thx to him coz dengan cara ini nampaknya ade sedikit perubahan pada DUNIA akhir zaman kita ini . . .


antara lagu lagu dia yang top takat ini , insyaallah , alhamdulillah , for the rest of ma life , the chosen one ,open your eyes , ini saja yang aku rasa terbaik takat ini . . . neways go ma brada . may god bless us . . amin . 



khutbah 'malam' jumaat....

 . . ni memang tak sama langsung dengan khutbah jumaat! khutbah jumaat imam masjid yang sampaikan, didengar ribuan makmum. tapi, khutbah 'malam' jumaat aku sendiri yang sampaikan dan makmum aku... hehe... ada sorang je. bini aku!

aku kalau part hari khamis malam jumaat ni, rasa syok lain macam la pulak! tak sabar nak tunggu malam datang! bolehlah tambah pahala sikit, kihkihkih! anak-anak aku pun dah faham! yang jantan umur enam tahun tu, kadang-kadang aku lupa dia yang bagitau. 'pa, hari ni khamis, kan... malam ni... malam sunat!' diorang semua dah faham, malam ni aku selalu bagitau diorang jangan kacau! anak-anak aku ni dari semenjak lahir sampailah la ni, memang tidur dengan kami laki-bini! adamboy dari lahir tidur kat tengah-tengah aku dengan bini! cis! yang anak jantan aku tu, kalau selalu aku dah mengidam, kena tunggu dia nyenyak dulu, barulah pelan-pelan aku usung masuk katil sebelah kat kakak-kakak diorang! punyalahthrill! jadi, bila dah besar sikit ni, aku bagitau dia, hari khamis, malam, jangan kacau papa dengan mama, malam tu malam sunat, nak kena baca yasin! hehe! yasin tu hanya penyedap rasa aje! selebihnya, nak kejar pahala sunat laki-bini tu yang utama! so, pahamlah anak jantan aku tu, kalau datang hari khamis aje, malam jumaat, itu malam untuk aku dengan bini aku beramal! kahkahkah! aku bagitau dia, kalau baca yasin nanti boleh masuk syurga! dalam syurga, apa nak boleh dapat! kelip mata aje, apa yang kita mintak sampai! anak aku punya percaya, beriya-iya nak habiskan iqraq sebab nak baca yasin sebab dia cakap nanti kalau masuk syurga dia nak mintak kereta kontrol banyak-banyak! aku cakap memang bolehlah! dia bagitau aku semua nama kereta-kereta idamannya yang dia cadang nak mintak sambil kelip mata bila dalam syurga nanti! dan aku tambah lagi, memang tak ada masalah! kelip mata aje, kereta tu pun sampai! kahkahkah!

hm, lari topik dah ni! sebenarnya aku nak nak bagitau korang apa isi khutbah 'malam' jumaat aku baru-baru ni! itu pun lepas aku baca satu berita sedih mengenai kemalangan yang meragut nyawa! seorang ibu yang kehilangan anak remajanya telah berkata: 'saya reda, anak saya tu pun bukan milik saya, dia hanya dipinjamkan allah pada saya! bila tiba masa allah nak ambik, dia ambiklah, itu hak dia!'

terus aku senyum lebar! cantik idea ni! aku pun ceritalah kat bini aku pada satu 'malam' jumaat yang indah! aku cakap, kita ni semua adalah pinjaman! aku pun bagitaulah kat bini aku tu: 'walaupun saya ini laki awak, tapi saya bukan hak awak, awak pinjam aje saya ni dari allah!'

dah jadi biul bini aku tu aku tengok! terkebil-kebil! bulu roma dah naik, stimlah tu, tunggu aku'on' aje, tapi aku tak usik dia pun macam biasa tapi bagi pulak khutbah!

'kita ni semua hanya dipinjamkan allah! semua kita ni hak allah! matahari, bulan, bintang, buah-buahan yang sedap tu, semua allah pinjamkan pada kita! dan, kita semua ini saling pinjam dipinjamkan!'

bini aku terkedu! separuh stim, separuh bingung!

'allah bagi matahari, bulan, satu aje untuk kita semua satu dunia ni pinjam, kongsi ramai-ramai! dan, saya ni, allah pinjamkan pada awak, dan untuk tiga lagi gadis-gadis bertuah!'

'apa?!' bulat mata bini aku tu bila aku cakap macam tu!

'betullah! saya ni boleh dipinjamkan pada empat perempuan! awak dah pinjam, tinggal tiga lagi perempuan yang berhak untuk pinjam saya ni! saya ini kan hak allah, allah dah cakap, lelaki boleh dipinjamkan pada empat wanita, tapi wanita boleh meminjamkan dirinya hanya pada satu lelaki! eh, bukan saya yang cakap tau, allah!'

'hm, allah cakap macam tu, ye?!'

'yelah! betullah, kan?'

bini aku angguk, faham, akur dan tiada pilihan!

'awak tak bolehlah kata saya ni hak awak sorang, sebab, saya ni masih boleh dipinjamkan pada tiga gadis lagi!'

'hm, tiga 'gadis' lagi!' bini aku angguk-angguk!

'betul?!"

'betullah tu!'

malam tu aku belasah bini aku dengan penuh senang hati! spesel punya stroke! hahaha!

besok ada chance la aku ronda-ronda kat sekolah-sekolah menengah, atau ipta serta ipts untuk cari prospek! mana tau ada gadis-gadis yang nak pinjam aku ni! hihihi! bini aku pun dah faham! bila jumpa prospek yang sesuai nanti, sure bini aku tu tak boleh cakap banyak, sebab dia tahu, lelaki boleh dipinjamkan pada empat perempuan! yes! aku senyum tom cruise macam selalu!

seronoknya kalau bini dah faham apa isi khutbah 'malam' jumaat yang aku baru aje sampaikan tu! dan, kalau ada rezeki nanti senanglah kerja aku untuk dapatkan sain dia untuk 'borang' tu! huhuhu!

satu hari yang hening, aku dengan bini aku sedang minum petang! sambil aku kunyah kerepek ubi pedas kegemaran aku yang lazat tak terhingga! bini aku terus bukak topik pasal pinjam meminjam ni!

'awak, saya akur bahawa kadang-kadang, kita ni tamak! saya bertuah sebab dianugerahkan allah apa yang ada pada saya, banyak kelebihannya! tapi, berapa ramai lagi wanita yang tak ada apa yang saya miliki!'

aku senyum! kembang dalam hati!

'awak ingat tak mak cik jual kerepek yang kita beli awak cakap kerepek pedas dia tu sedap?!'

'huh! memang power! kalau awak tau resepi kerepek dia tu, huh, best!'

'tadi saya jumpa dia, beli lagi kerepek favourite awak tu, tanyalah pasal dia! dia bagitau saya dia tu ibu tunggal anak enam. terpaksa jual kerepek sebab nak sara anak! hm, apa kata kalau saya 'pinjam'kan awak kat dia! nanti... lagi dua, saya carilah yang sewaktu macam dia jugak! wanita macam tu perlukan pembelaan, kalau tak wanita macam saya yang bela, siapa lagi! awak setuju tak?'

air liur kat tekak aku ni tak tahu mana hilangnya! kering-kontang aku rasa! terbayang wajah mak cik jual kerepek tu! rasanya, sepuluh tahun tua dari aku! gila apa?! nampak sangatlah aku ni tak ikhlas! konon sahut sunah rasulullah! pi rah! aku mula menggigil!

'awak nak tak? kalau nak, saya jumpa mak cik tu petang ni!'

aku senyum tom cruise tapi aku tau dah jadi macam senyum tom & jerry! 'awak, saya ni cakap aje, saya bukannya nak kawin pun, saya sayangkan awak! saya ni memang lelaki tamak, walaupun boleh pinjamkan pada tiga lagi wanita, tapi demi cinta, saya tak nak! saya nak awak sorang aje pinjam saya ni! saya hanya untuk awak!'

'eh, betul ke ni? awak jangan main-main! nasib saya belum bagitau mak cik tu lagi!'

'eh jangan! jangan! awak jangan buat hal! saya ni bini sorang pun payah nak jaga, nak tambah lagi! hisy! jangan! saya tak nak berbagi kasih!'

'awak nak tambah kerepek tu lagi tak?!'

'kerepek okeylah!' aku angguk sebab dalam piring kerepek tu dah licin aku sebat! 

bini aku bingkas! 'hm, kenalah beli lagi kerepek favourite awak tu! kalau tak, kalau dia jadi bini awak, bolehlah suruh dia ajarkan rahsia resepi kerepeknya yang sedap ni!'

aku ternganga! cis, aku yang terkena bahana khutbah 'malam' jumaat aku tu! huhuhu!

hakikatnya, ada ke jantan-jantan macho yang di luar sana tu sanggup 'pinjam'kan dirinya di atas nama sunah rasulullah, membela nasib wanita yang teraniaya, terutamanya ibu-ibu tunggal? tepuk dada tanya selera! hahaha!

kenalah aku beli lagi kerepek ubi pedas ni....



credit : ahadiatakashah ( novel lagenda budak setan )

semulia mana hati korang part 2 . .

sambungan 


..tak macam korang semua! hahaha! apa pun, rata-rata korang semua berhati mulia. semua kesiankan wanita tua yang uzur itu. cuma, tindakan korang itu kurang bijak, serta kurang bergeliga! kenapa pulak ek?!

tapi, sebelum teruskan baca entri ini, pastikan korang dah baca entri 'semulia mana hati korang?!' sebab ini adalah rentetan daripada pilihan terbijak antara tiga... sama ada mahu menumpangkan wanita tua yang uzur, teman lama yang pernah berjasa pada korang, ataupun... awek cun yang dah lama korang minati!

dah bersedia?! dah baca entri yang mula-mula tu?! betul ni? kahkahkah....

aku sendiri tak pernah terfikir, jalan bijak yang sepatutnya korang dan aku lakukan! tak taulah kalau korang menipu, pura-pura tau! tak aci tau! hahaha....

bagaimana untuk menjadi seorang yang mulia jiwa, di samping otak bergeliga?! cuba korang renungkan cadangan ini.... 

bila korang jenguk di tingkap, terlihat kawan lama yang bertahun-tahun tak jumpa, apatah lagi dia pernah tolong korang masa korang hampir nak kena belasah! mestilah korang akan tumpangkan dia, betul tak? tapi, bila nampak pulak wanita tua yang uzur, tak pulak sampai hati! hm, baiklah tumpangkan wanita tua tu! dan, bila ternampak pulak awek cun yang dah lama korang gilai, hm, mulalah hati berbelah bagi! kalau tumpangkan wanita tua tu nanti,member lama kecik hati, awek cun pulak terlepas lagi! kalau tumpangkan kawan lama, silap-silap mak cik tu mati, lagilah awek tu benci dengan sikap korang yang tak berpekerti?!

macam mana? rata-rata, semua pakat-pakat tumpangkan wanita tua tu, kan?!

cara yang bijak ialah, suruh member lama tu bawak wanita tua yang uzur itu ke hospital gunakan kereta korang, sementara korang borak-borak dengan awek cun tu sambil tunggu bas datang. dalam bas nanti, bolehlah berborak panjang dan offer awek tu hantar dia sampai ke kawasan perumahan demi menjamin keselamatannya kerana hari pun dah jauh malam. sambil menyelam minum air! korang dapat berkenalan dengan awek cun itu, wanita tua selamat di hantar ke rumah sakit, dan lepas itu, suruh member lama korang ambik korang di kawasan perumahan awek cun itu, dan sambung borak-borak kisah lama sambil pekena teh tarik....

Friday, December 17, 2010

semulia mana hati korang ?

.....ada ke semulia hati saidina abu bakar yang sanggup serahkan segala hartanya demi agama islam?! tak kut! hahaha! setakat derma pegang mock cheque besar-besar masuk suratkhabar, tak yah la!

aku nak kongsi satu kisah yang aku dapat dari e-mail beberapa tahun silam! member aku hantar pada satu pagi untuk menguji kemuliaan hati aku! memang menarik sangat artikel itu dan mungkin jugak korang pernah dapat e-mail yang sama! sampai aku menjadi pening nak pilih mana satu antara tiga....

kisahnya begini... (lebih kuranglah ek sebab aku ingat-ingat lupa)

bayangkan korang baru aje beli sebuah kereta baru, dan nak pindah masuk rumah baru, maka penuhlah bahagian tempat letak barang dan bahagian tempat duduk belakang kereta korang tu dengan beberapa barang yang korang nak sumbat kat rumah baru tu! ada pun ruang, hanya di tempat duduk sebelah pemandu, khas untuk seorang kawan korang tu duduk nanti! korang pun sedang dalam perjalanan untuk jemput seorang kawan yang nak tolong kemaskan rumah baru itu. 

hari dah jauh malam, sekitar jam sebelas, hujan pulak tu turun dengan maha lebat sampai sukar nak tengok jalan. korang pun menuju ke sebuah perhentian bas tempat korang janji nak jemput kawan korang tu! tunggu punya tunggu tak jugak datang! call pun tak angkat!sure la korang dah kena kencing ni! dalam pada menunggu tu, korang ternampak ada tiga insan sedang duduk di perhentian bas itu menggigil kesejukan menunggu bas datang! yang dah lencun pun! jam dah sebelas lebih, dan tak tentu ada lagi ke bas yang akan datang?!

bila korang jenguk aje kat bus stand tu, berderau darah sebab lelaki yang sedang menggigil tu rupa-rupanya kawan lama korang kat sekolah rendah dulu yang bertahun-tahun tak jumpa! apatah lagi, dia jugalah yang pernah tolong korang dulu masa ada budak nak belasah! sampaikan korang rasa macam berhutang nyawa kat dia! sebelah kawan lama korang tu, menggigil pulak seorang wanita tua (terbayangkan mak korang kat rumah) yang kelihatan uzur dan separuh mati. yang perlu dihantar ke rumah sakit sebab keadaannya kelihatan sungguh lemah! manakala, di sebelah wanita tua itu, duduk seorang gadis jelita (dah lama korang jatuh hati kat dia ni) yang sering korang terserempak tapi tak berani nak tegur. kalau nak berkenalan, inilah masanya, apatah lagi kalau dapat tumpangkan dia! hm, sure ada chance jadi awek spesel!

masalahnya, siapa yang akan korang tumpangkan kerana hanya sorang aje yang boleh masuk? kawan lama korang yang pernah berjasa itu ke, wanita tua yang perlukan bantuan ke, atau korang sanggup terlepas awek cun yang sekian lama korang idamkan?

hehehe! semulia mana hati korang ek?! 
post pandangan korang kat bawah ni untuk sama-sama kita nilai kemuliaan hati korang tu....

just need a answer . .



sometimes i wonder why I so like this ?





jodoh oh jodoh !



jodoh oh jodoh, bila kau nak datang? hampeh! siang malam kau ratib, kau doa, kau rap, kau nyanyi pun, kalau jodoh belum tiba, tetap gak korang takkan kawin! jodoh ni, allah yang tentukan! kun fa ya kun, kata allah, hm, besok kau kawin! kalau tak jadi, kau buatlah apa pun, tetap kau takkan kawin!

so, kita ambik contoh aku, (zaman muda remaja) time sekolah dulu, empat lima belas gadis yang terpukau bila nampak aku! yang aku tau ada hati kat aku! tapi, tak sorang pun yang sangkut! yang jadi bini aku! aku tau perasaan diorang terluka, tapi nak buat camana bukan jodoh diorang dengan aku! bukan salah aku, itu allah yang tentukan!

kalaupun korang ni banyak duit, berjuta dalam bank! bawak ferrari, hummer, aston martin, hensem pulak tu, awek pun artis top, jambu meleleh, cinta sama cinta, tapi kalau tak ada jodoh, allah tak izin, tetap tak kawin! ini yang aku nak bagitau ni, kalau bab-bab ini, allah saja yang tentukan! janganlah korang ingat dengan duit berjuta yang korang ada tu, korang boleh beli jodoh!

boleh ke beli cinta?! yes! cinta korang boleh beli! itu aku tak nafikan! duit memang boleh beli cinta! aku setuju! bagi banglo sebijik, kereta mewah dua tiga bijik, bawak mak bapak diorang pergi round europe, singgah paris, london, milan, memang aku tak nafikan korang boleh ubah cinta seseorang itu terhadap korang! no problem! yang aku nak bagitau ni, walaupun korang dapat 'beli' cinta dia, belum tentu korang boleh mengahwini dia, kalau tak ada jodoh! paham?!

dan, ada jugak yang dapat membeli 'cinta' dan siap dapat nikah lagi pulak tu, punyalah bahagia kepit bini yang bergetah cun melecun sampai jantan tengok liur meleleh! tik, tik, tik, air liur jatuh menitik! tapi, seronok ke dapat bini cara macam ni? korang sendiri tau yang korang beli 'cinta' bini korang tu! bukan dapat cara gentleman! bukannya suka sama suka! bukannya dari leretan mata jatuh cinta pandang pertama, no way! bukan sebab bini korang tu betul-betul menjiwai untuk mencintai korang! hahaha!

'u give me money, i give u my body!'
"do u luv me, baby?!'
'luv? hm, not really!'


perasan tak korang ini yang sebenarnya terjadi?!

tapi, inilah realiti, di zaman serba canggih ini... wang ringgit dijadikan sebagai ukuran untuk cinta dan kasih sayang! dan, berapa ramai gadis-gadis jelita yang sanggup melakukan perkara ini demi kemewahan dan kebahagiaan diri mereka sendiri! peduli apa siapa 'lelaki' itu, janji duit berjuta, kereta mewah, banglo besar, shopping kat paris, milan, tokyo, hong kong, new york, no hal! lantaklah suami orang pun apa ada hal! lelaki boleh kawin empat, islam benarkan! tak salah kalau dia jadi bini nombor dua ke, tiga ke, atau yang nombor empat! allah tak marah apa pasal korang nak marah? janji nikah secara sah! ikut hukum syarak! daripada berzina!

tapi, jangan pulak korang sangkal tak wujudnya cinta agung lagi pada hari ini! ada! banyak sekali cinta agung! korang je yang tak perasan! zaman sekarang memang ada cinta agung! tak percaya? Korang nafikan? Korang kata yang cinta agung tak wujud lagi? hehe! siapa cakap? aku boleh buktikan cinta (gambar) agung memang wujud dan semakin berleluasa hari ini! amacam, percaya?!

walau apa pun, kalau korang tanya aku apa definasi cinta yang sebenarnya, cinta itu pada hakikatnya memang tiada! tak wujud pun! hehe! pening?! kenapa aku cakap macam tu? sebab cinta takkan boleh berdiri dengan sendiri kerana cinta merangkumi beberapa perkara dan situasi!

cinta perlukan pengorbanan! cinta perlukan persefahaman. cinta perlukan kesabaran. cinta perlukan kerinduan. cinta perlukan kecemburuan. cinta perlukan ketoleransian. cinta perlukan ketolakansuran! cinta perlukan keserasian! cinta perlukan penghormatan. cinta perlukan kehangatan. dan banyak lagi yang cinta perlukan.... (korang sendiri boleh tambah senaraikan)

dan, ada juga yang cinta tak perlukan....

cinta tak perlukan keegoan. cinta tak perlukan kecurangan. cinta tak perlukan hipokrit. cinta tak perlukan kedinginan. cinta tak perlukan pelajaran. cinta tak perlukan mata....

kerana cinta itu buta!

adakah korang memiliki ciri-ciri yang aku sebutkan di atas?

kalau tak ada, korang masih belum layak untuk bercinta dan mencintai....



Awal Searching